Ada kes yg client nak claim, tapi tak boleh... kenapa yer?
kalau saya jadi client pun marah!!!!!!!!
relax2.....ini sangat penting,,,mesti kamu semua kene tahu!!!!!!!
“Insuran dengan Takaful sama jer
penipu!!…Insuran dan Takaful agen masa nak jual punya le bagus, masa nak claim
macam-macam hal, SUSAH!”.
Kenyataan negatif ini sering saya dengar
apabila saya memperkenalkan diri saya, yang saya sebagai agen PruBSN Takaful
pada awal pembabitan saya.
Tapi, Alhamdulillah, sekarang senario telah
berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin
mengambil tahu perkara-perkara yang berkaitan dengan insuran atau takaful
ini.
Pada pengalaman dan pengamatan saya, memang
tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan
sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya menghapus kepercayaan mereka
terhadap insuran/takaful.
Jadi, di sini izinkan saya berkongsi kepada
kepada anda mengenai perkara-perkara yang menjadikan anda tidak mendapat claim
dari syarikat Takaful.
Antara Sebab Utama adalah…
1. Policy Lapsed
Policy lapsed ini bermaksud, polisi TIDAK
berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun takaful tersebut.
Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat takaful tidak akan membayar segala claim
yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai polisi anda
lapsed. Perkara ini sering berlaku kerana tabiat kita yang mengambil mudah
keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan. Diingatkan
sekali lagi JANGAN Biarkan POLISI anda LAPSED. Seperkara lagi, kalau policy dah
LAPSED, dan anda hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan
kalau ler anda sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa grace
period, memang TIDAK BOLEH nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada
client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan
tu sudah dibayar, rupanya belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan
balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Ia menyusahkan anda
kalau jadi apa2 pada masa tersebut. Jadi, pastikan jangan sampai polisi anda
lapsed!
2. Manfaat TIDAK ADA Di dalam Polisi
Ramai yang bertanggapan bahawa apabila mereka
ada Takaful, mereka dengar agen cakap, “Semua Cover”… dan mereka akan ingat
segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka
sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi,
sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat takaful tidak
mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu.
Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual
policy.
Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki
orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah
manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical
Card…mereka dengan penuh yakin, “Saya dah ada”….tapi, apabila diminta untuk
menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak
beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti
disertakan dengan “MEDICAL CARD” seperti ini :
Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita
boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)…minta dia
tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang
tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan,
apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua
bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.
Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos
rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil
hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4
ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa
keping credit card kita nak pakai?….bayangkan…lepas tu pulak, nak claim kena
buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat
insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak
lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak
lengkap….sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab
dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?….kalau ada Medical Card, semua
perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan
sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah
sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak
pening kepala.
Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi
memang tak boleh nak claim.
3. Pengecualian (Exclusion)
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang
yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh,
pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu
mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali
polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN
Takaful).
B. Pengecualian Khusus (Specific
Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh
individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum
mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan “Pre-Existing
Condition”
Contoh, individu tersebut telah menjalani
rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila
beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat
cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi
individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku
selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.
4.
Non-Disclosure
Sekiranya syarikat takaful mendapat tahu yang client
pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang
cadangan (proposal form), syarikat Takaful berhak untuk tidak membayar tuntutan
anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan
bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab
Non-Disclosure.
5. Waiting period (tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja
polisi berkuatkuasa (enforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120
hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Medical card hanya boleh
digunakan slps 90 hari.
Tips untuk anda. Perkara penting yang anda
perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit kritikal
adalah 60 hari bermula dari tarikh polisi berkuatkuasa.
Senarai penyakit kritikal adalah seperti
berikut
Macam mana perkara ini biasa terjadi? Sebabnya,
ada kalanya kita ingin mengambil polisi takaful berfikir panjang sehingga
berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, tiba-tiba
kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, TIDAK BOLEH nak claim. Sebab
tempoh menunggu tidak mencukupi.
Seterusnya ini akan jadi salah satu punca
client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh
elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau
dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa,
sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun
keluarga kita.
oleh itu...saya harap saya dan semua tidak terlupa akan perkara di atas...di harap semuanya berjalan lancar.....amin...insyallah...