Sunday, 20 January 2013

Kenapa Tak Boleh Nak Claim !!!!!


Ada kes yg client nak claim, tapi tak boleh... kenapa yer?


kalau saya jadi client pun marah!!!!!!!!
relax2.....ini sangat penting,,,mesti kamu semua kene tahu!!!!!!!

“Insuran dengan Takaful sama jer penipu!!…Insuran dan Takaful agen masa nak jual punya le bagus, masa nak claim macam-macam hal, SUSAH!”.

Kenyataan negatif ini sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya, yang saya sebagai agen PruBSN Takaful pada awal pembabitan saya.

Tapi, Alhamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perkara-perkara yang berkaitan dengan insuran atau takaful ini.

Pada pengalaman dan pengamatan saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya menghapus kepercayaan mereka terhadap insuran/takaful.

Jadi, di sini izinkan saya berkongsi kepada kepada anda mengenai perkara-perkara yang menjadikan anda tidak mendapat claim dari syarikat Takaful.

Antara Sebab Utama adalah…
 
1. Policy Lapsed
Policy lapsed ini bermaksud, polisi TIDAK berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat takaful tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai polisi anda lapsed. Perkara ini sering berlaku kerana tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan. Diingatkan sekali lagi JANGAN Biarkan POLISI anda LAPSED. Seperkara lagi, kalau policy dah LAPSED, dan anda hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau ler anda sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa grace period, memang TIDAK BOLEH nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupanya belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Ia menyusahkan anda kalau jadi apa2 pada masa tersebut. Jadi, pastikan jangan sampai polisi anda lapsed!

2. Manfaat TIDAK ADA Di dalam Polisi
Ramai yang bertanggapan bahawa apabila mereka ada Takaful, mereka dengar agen cakap, “Semua Cover”… dan mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat takaful tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.
Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card…mereka dengan penuh yakin, “Saya dah ada”….tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan “MEDICAL CARD” seperti ini :

Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)…minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.
Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?….bayangkan…lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap….sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?….kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.
Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.

3. Pengecualian (Exclusion)
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).

B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan “Pre-Existing Condition”
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

4. Non-Disclosure
Sekiranya syarikat takaful mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat Takaful berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.

5. Waiting period (tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (enforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Medical card hanya boleh digunakan slps 90 hari.
Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit kritikal adalah 60 hari bermula dari tarikh polisi berkuatkuasa.
Senarai penyakit kritikal adalah seperti berikut
 
Macam mana perkara ini biasa terjadi? Sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi takaful berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, tiba-tiba kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, TIDAK BOLEH nak claim. Sebab tempoh menunggu tidak mencukupi.
Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.
 
oleh itu...saya harap saya dan semua tidak terlupa akan perkara di atas...di harap semuanya berjalan lancar.....amin...insyallah...




 

Simpanan Umrah dan Haji


PRU BSN UMMAH - Simpanan Umrah dan Haji

PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.

Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti. Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi.

PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan rohaniah – dunia dan
akhirat.
 
Soalan dan jawapan yang perlu anda semua tahu....
 
1) Pru Bsn ke yang menguruskan saya pergi umrah @ haji?? confius nie??
- ok...untuk pengatahuan semua, pru bsn tidak menguruskan kamu pergi umrah @ haji...dia hanya menguruskan simpanan dan perlindungan dalam pelan pru bsn ummah....segala pengurusan diuruskan oleh kamu sendiri.....pru bsn ummah adalah salah satu tempat simpanan selain daripada Tabung Haji
 
2) So,,,,saya tak perlu wat simpanan di tabung haji ke??
-opps... jangan salah faham.....pelan pru bsn ummah nie adalah pelengkap kepada akaun tabung haji sedia ada...simpanan ini adalah pelengkap dan bukan penukar kepada akaun tabung haji....ingat!!!! jika kamu mempunyai akaun tabung haji,kamu juga boleh menyimpan di pru bsn ummah..kamu mesti mempunyai jumlah wang di dalam akaun tabung haji yang disyaratkan untuk mendaftar pergi Haji melalui Tabung Haji Travel.....
 
3) Kalau saya mau pergi haji melalui agensi travel swasta boleh??
- memang boleh...tapi bayaranya agak mahal berbanding kamu pergi melalui tabung haji...min untuk pergi haji melalui agensi travel swasta rm20,000....sebab itu saya sarankan kamu untuk menyimpan di pru bsn ummah kerana simpanannya secara bulanan dan konsisten...walaupun kamu menyimpan sedikit,tetapi untuk jangka masa panjang,kamu akan dapat menyimpan wang yg banyak..... contohnya - kamu menyimpan rm100 sebulan....setahun rm1200 10tahun rm12000,20tahun rm24000, 30 tahun rm36000...banyak kan????
 
4) Macamana pengeluaran simpanan saya??
- Pengeluaran simpanan boleh dilakukan selepas 5 tahun kamu menyimpan di pru bsn ummah dengan tujuan kamu ingin pergi Umrah @ Haji....Jika kamu ade simpanan dalam bentuk SAVER kamu boleh keluarkan  selepas setahun dengan semua alasan..(emergency)
 
5) Apa lagi benefit2 yang best dalam pru bsn ummah nie???
- selain daripada simpanan dan dapat profit daripada pru Bsn takaful, kamu juga layak untuk mendapat perlindungan di Malaysia dan di Makkah....perlindungan kematian,penyakit kritikal dan hilang upaya kekal di berikan....kamu juga akan dapat manfaat perlindungan berganda bagi kematian@hilang upaya di makkah...selain dari itu,kamu juga berhak mendapat Badal Haji ( upah haji ) sekiranya kamu meninggal dunia,penyakit kritikal @ hilang upaya....walaupun kita tidak dpt pergi haji di sebabkan 3 musibah tadi,kita still dapat menunaikan upah haji....Dalam pru bsn ummah ini juga kamu akan di beri manfaat Contributor....contributor????ape tu??
Contoh :
simpanan : rm200 sebulan
tempoh : 30 tahun
perlindungan penyakit kritikal : rm30000
badal haji : rm3000
 
situasi a - kamu menyimpan di pru bsn ummah sudah 10 tahun...pada tahun berikutnya tahun ke 11,satu musibah telah berlaku ke atas kamu....kamu telah menghidap penyakit jantung..selepas itu kamu tidak perlu lagi membayar simpanan rm200 sebulan ke dalam pru bsn ummah...pru bsn takaful yg akan membayar rm200 sebulan sehingga tahun ke 30(tempoh matang)..kamu juga berhak mendapatkan badal haji(upah haji)- rm3000....mendapat wang pampasan penyakit kritikal sebanyak rm30,000....menarik tak??
 
 
untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di talian 017 6652432 -( hussin abdullah)
 
terima kasih.....
 
 
 
 
 

Saturday, 19 January 2013

Merancang untuk mengambil insuran + medical card + saving

Pening untuk memilih @ mengambil insuran???

Bab nie memang kite kene ambil serious sebab die boleh jadi kite stress dan merugikan diri sendiri....

Pening....pening.....leh jadi stress!!!!!!!

Relax....kat sini saya nak share mcamane kite leh wat perancangan untuk mengambil insuran dengan hati yang tenang dan tidak terburu - buru......

Pertama sekali kita kene pastikan bajet utk kita amek insuran nie,,,,Bajet????? camne nak bajet???bajet insuran bape sebenarnye?? ok...Bajet sebenar insuran adalah 10% daripada gaji....itu yg sebaiknya,,,,jika tidak cukup 5 % daripda gaji pun sudah ok....
contoh gaji RM2000...So bajet untuk insuran rm200 sebulan untuk 10% dan RM100 sebulan untuk 5%,,,,,
Bajet nie bukan saya yg cadangkan...Bajet nie di cadangkan daripada Bank Negara Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.....
Selepas dah tau bajet baru lah kite mintak free quotation daripada mane2 wakil egent prudential..p/s.kalau dah baca blog nie kene mintak ngan saya la.-kat blog nie ade link get free quotation..(hehehehe)...quotation nie sgt penting bagi menentukan benefit2 sebenar insuran yg kita ambil dan nilai sebenar jumlah pembayaran bulanan,......So jgn takut kalau sya mintak detail tu...ini semua untuk dapatkan nilai sebenar..
quotation nie saya boleh send by email jer...senang tak perlu jumpe untuk keterangan pertama..ingat!!!! kalau kamu tk kenal egent, sya cadangkan untuk kamu berjumpa supaya kamu lebih mengenali egent kamu sendiri..wat2 jadi kawan dgn die (heheheh)..sbb egent nie akan servis kamu seumur hidup....
bajet dah settle.....quotation dah settle dan saya faham....so camne dengan PAYMENT!!!!!!
LAST.......tentang payment nie sgt penting.... saya cadangkan untuk semua lakukan pembayaran melalui Autodebit,Kredit kad, Debit Card....jgn guna cash!!!! kenapa tk leh cash??? cash nie boleh menyebabkan kamu @ agent terlupa untuk membuat pembayaran....manusia bukan macam robot...mmg akan terlupa...kalau AUTODEBIT guna robot bank..so setiap hujung bulan die akan tolak....so tkkn terlupa....Bayar Bulanan bagus???ke bayar tahunan??? kalau saya lebih suka bayar tahunan(nie yg ade bajet lebih) kalau bayar tahunan - cash disarankan.....bayar tahunan nie tak menyusahkan kamu utk bayar setiap bulan....kene ingat kita tk semestinya sentiasa ade duit setiap bulan.....tiba2 kene berhenti kerja????mcmana byr insuran bulanan???kalau tk bayar mati la insuran saya??pening2......sebab tu saya sarankan kalau kamu ade duit lebih bayarlah tahunan....kalau tk bleh tahunan bayarlah 3 bulan sekali......

FINAL.........setelah selesai sign form insuran dan membuat pembayaran.....huh..hati kamu dan egent akan jadi lega......aku ade insuran!!!!!!!! selepas 2 week egent akan berjumpa dengan kamu untuk menyerahkan polisi dan medical card...egent akan membuat penerangan semula kepada kamu...dah tau kamu mesti lupa..hehe..jgn marah yer...ingat!!!! sila isikan borang saksi@ family terdekat untuk egent hubungi...jika ade kecemasan dia sgt membantu.......Wasiat untuk keluarga juga boleh di tulis dan di berikan kepada egent....(tidak wajib)...

terima kasih semua..........

Agent Planner Workshop 2013

Huh....sudah selesai APW 2013 dari agensi M&S Associates di Suria Hill Contry House,Janda Baik Pahang.....APW  berlangsung selama 2 hari 1 malam......

Objektif APW ini di lakukan adalah untuk semua egent2 melakukan perancangan pada tahun 2013 termasuklah dari segi matlamat,planning,motivation dan sebagainya....



APW ini dilakukan setiap tahun untuk memastikan semua agent2 dapat memastikan perancangan yg di rancang akan berjalan seperti biasa....
Tempat kali ini memang best la...Saya kali pertama masuk di Suria Hill Contry House,Janda Baik....sebelum nie mmg pernah pergi Janda Baik untuk reunion sekolah,tapi kami tinggal di homestay lain....Suasana die yang sgt selesa...mmg sesuai sgt utk aktiviti APW ni....Masakan di Suria hill nie mmg 5 star saya vote!!!! sedap dan banyak....


Ha..tgk tu masakan die..sgt2 best la walaupun kami bayar dengan harga yang murah......



Time nie aktiviti mandi manda bersama kawan2....Game nie Erfan yg ajar untuk men...Game BIAWAK BUAYA.....saya dapat tempat kedua...Kak Bad dpt tempat pertama wlupun die kali pertama men Game nie..mmg sgt BEST!!!!!

 Sebelum kami balik sempatlah bergambar,,,,,tu saya bergambar dgn Ekin.....senior agent.....hehee...walaupun letih APW kali nie,tapi die memberi kesan yang mendalam kepada sya dan semua yg hadir....harap semua yg datang akan berjaya dalam Prudential...insyallah,,,,,

Monday, 14 January 2013

Kerjaya di PruBSN Takaful


Kelebihan kami di PruBSN Takaful
  • Panduan dan tunjuk ajar oleh pihak agensi serta syarikat.
  • Latihan PERCUMA - Malam dan hujung minggu. 
  • Kemudahan sistem maklumat.
  • Komisen dibayar selama 6 tahun bagi setiap kes.
    (Total komisyen untuk produk Investmen Link 110% dan Endowment 140%) 
  • PersistencyBonus sehingga 13% setahun dan bertindih untuk 3 tahun berturut-turut. (Tahun ketiga 8%) 
  • Produk Pelaburan berbentuk Unit Amanah - kadar komisyen 3%
  • General Takaful/Insurance - 10% - 25%
  • Kenaikan pangkat dalam kerjaya.
  • Elaun rider selepas kenaikan pangkat.
  • Masa kerja fleksibel.
  • Modal kecil, risiko rendah, pulangan tinggi
  • ROI yang tinggi.
  • Peluang melancong ke luar negara.

CONTOH PENGIRAAN PENDAPATAN AGEN 

1. FOKUS

Sehari 2-3 orang prospek. Seminggu lebih kurang 15 orang. Dari 15 prospek, 4 orang menjadi pelanggan dengan nilai RM150/sebulan setiap seorang.


Pendapatan Seminggu

4 Orang X RM150 = RM600
RM600 X 25% = RM150

Komisyen sebulan (4 minggu)

RM150 X 4 = RM600


PENDAPATAN NAIK SEBANYAK RM600 SEBULAN DAN YANG PENTING KONSISTEN!

Pendapatan Setelah 12 Bulan

RM600 X 12 Bulan = RM7,200 Setahun

Jadi pendapatan anda pada bulan ke-12 adalah RM7,200 Sebulan dan konsisten!

2. BONUS
13% selama 3 tahun berturut-turut
Cara kira bonus dikira berdasarkan jumlah jualan setahun.

Seorang pelanggan:
RM150 x 12 bulan = RM1,800 (setiap jualan akan terus dikira setahun)

Jumlan jualan sebulan:

16 pelanggan x 150 = RM2400 x 12 setahun = RM28,000.00
RM28,000 sebulan X 12 Bulan = RM 345,600.00
RM 345,600 X 13% =  RM44,928 setahun selama tiga tahun beturut-turut.


3. POTENSI

Jumlan jualan setahun:
Cara Kiraan Bonus:
Total Income Tahun Pertama

1.        Komisyen: RM7,200 sebulan
2.        Bonus : RM44,928 (purata sebulan RM3,744)

·                Purata pendapatan anda sebulan pada tahun pertama: RM10,944/sebulan
·                Purata Pendapatan tahun kedua : RM21,888/sebulan

Ini tak termasuk komisyen Unit Trust 3%.........TQ

Saya yang memegang amanah : 

HUSSIN ABDULLAH
017 6652432
Perunding dan Pengurus kewangan Takaful

Exam Takaful

Salam kepada semua,untuk pengatahuan exam takaful telah diperbaharui daripada manual kepada online...Untuk calon- calon yang ingin menjawab exam takaful,mereka perlulah melalui IBFIM untuk pengurusan pendaftaran dan tempat peperiksaan..Yuran pendaftaran RM 80.00 untuk Part A dan C..

Ini info terkini daripada website IBFIM : 



The Family Takaful Agents
Are governed by the code of ethics for takaful Intermediaries drawn up by Malaysian Takaful Association (MTA)

Are required to pass the TBE and complete a minimum of 30 hours training per year for Continuous Professional Development (CPD); and


Agents are required to adhere to the minimum standards for proper advice issued by Bank Negara Malaysia which requires agents to obtain adequate information about potential customers. This will enable an agent to analyse a potential customer’s personal and financial circumstances and identify his financial needs and priorities so that a suitable and affordable takaful product can be recommended.

Learning Objectives

  • To introduce the nature of takaful and its differences with conventional insurance.

  • To acquire the knowledge of the Shariah principles, concepts and underlying contracts applied in takaful business.

  • To be conversant with family and general takaful operations, products and services
  • To provide a comprehensive introductory knowledge of the technical and other aspects of takaful including the appropriate skills of marketing takaful.

  • To instill the sense of social and professional responsibility among takaful agents

  • To create an awareness of the importance of takaful in the development of Malaysia as an International Islamic Financial Centre (MIFC) and the significance of the social functions of takaful and the role of the takaful agents in bringing about these objectives.

Upon completion of the TBE, candidates are expected to be conversant with the takaful concepts, operations of family (life) takaful and general takaful (non-life), shariah issues on takaful, takaful products and ethical practices in takaful business.



Entry Requirements 
  • Malaysian Citizen
  • Aged 18 and above
  • Minimum SPM/MCE qualification/certificate or equivalent (recognized by MTA)
Note : IBFIM reserves the right to make changes to the entry requirement as and when necessary


Exemptions

Exemption will be granted to candidates who have obtained the following qualifications:
i)   Islamic Financial Planner (IFP
ii)  Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP)


  • Kindly submit your application for exemption to MTA.
  • Applications for exemption can be made by filling up the Application Form provided by MTA and sent to MTA
  • For any other equivalent and recognized qualification, you are advised to apply to MTA.
About TBE

TBE is strictly an online examination.






Format
The examination is conducted online at authorized Examination Centers and it consists of three (3) parts:
Part A : Basic Takaful, Medical and Health Takaful
Part B: General Takaful
Part C: Family Takaful, Investment Linked Takaful

The examination is offered in the following structure:

Part A and B (2 hours); or
Part A and C (2 hours); or
Part B only (1½  hours); or
Part C only (1½ hours).

Pre-Requisite: 
A candidate who wishes to sit for Part B or Part C only is required to bring along a copy of the TBE examination certificate, which must be certified as a true copy by the designated authorized person as agreed by IBFIM and MTA.






Mode of Payment
All payments must be made either through direct debit (FPX) or credit card, through the online payment gateway in the system. Candidates are advised to register for an internet banking access with their respective banks in order to perform this payment. Personal cheques and cash payments will NOT be accepted.

Any payment through Money Order, Postal Order or Banker's Cheque into the prescribed account can be made in the name of 'IBFIM'.


Mode of Study


Candidates prepare for the examination through self-study, using the e-book as a reference.

Candidates have the option to purchase a hardcopy of the book sold at MTA or IBFIM

Upon request and subject to quorum, an examination preparatory class can be arranged with certain amount of charges.

Certificate

A candidate must satisfactorily complete :
  • Part A and B ( General Takaful route), or
  • Part A and C ( Family Takaful route); 
before the candidate can be awarded with the TBE for Takaful Agents' certificate in either General Takaful route or Family Takaful route respectively.

For inquiries, please contact TBE helpdesk at 603 – 20311010 ext 548 / 553 / 555 or e-mail to tbe@ibfim.com  http://www.takafuleexam.com/tbe/introduction


Saya yang memegang amanah : 

HUSSIN ABDULLAH
017 6652432
Perunding dan Pengurus kewangan Takaful
hussin174@prupartner.com.my

Wakaf Takaful


Tujuan wakaf ini diwujudkan adalah bagi meningkatkan
dana bantuan yang boleh kita sumbangkan selain wang
tunai dari tangan kita sendiri. 

Dengan sumbangan serendah RM150 sebulan;
Dana bantuan yang sah disediakan oleh anda adalah sebanyak 
RM200,000. Terpulang kepada anda dimana dan siapa yang berhak 
untuk menerima bantuan tersebut. Anda yang tentukan sendiri.

:::SITUASI 1:::
Bayangkan kita berumur 27tahun dan memulakan sumbangan sebanyak
RM150 kepada rumah kebajikan. 10tahun kemudian, berlaku sesuatu
yang tidak diingini dan Allah lebih menyayangi kita.

Mengikut kiraan dibawah;

Sedekah RM5 setiap hari selama sebulan (30 hari) = RM150.00
Sedekah selama setahun, RM150 x 12bulan = RM1,800
Sedekah untuk 10 tahun = RM18,000

KITA HANYA BERSEDEKAH SEBANYAK RM18,000.00

:::SITUASI 2:::
Kita membuat sumbangan melalui WAKAFTAKAFUL : PRUBSNTAKAFUL
RM150 sebulan. Sumbangan akan diuruskan oleh PRUBSNTAKAFUL.
Sekiranya Allah lebih menyayangi kita, sumbangan yang PASTI
dan telah disediakan oleh kita adalah sebanyak RM200,000. 
Ini belum termasuk dengan simpanan hasil dari sumbangan kita
setiap bulan.

Untuk mengatahui dengan lebih jelas tentang wakaf takaful ini...sila wat temujanji dengan pihak admin blog ini...renungkan dan selamat beramal....


Saya yang memegang amanah : 

HUSSIN ABDULLAH
017 6652432
Perunding dan Pengurus kewangan Takaful