News PruBsn Takaful

PruBSN SmartLink (Pregnancy & Baby Benefit)

Kini anda boleh dapatkan sokongan dan lindungi si manja sebelum dia melihat dunia untuk pertama kali Perkara paling indah dalam kehidupan datang dalam bentuk yang tak dijangka – serupa dengan kelahiran seorang bayi. Jadi, kenapa tunggu sehingga bayi anda telah lahir untuk memberikannya yang terbaik. Kini PruBSN SmartLink meluaskan perlindungan supaya anda boleh mula melindungi si manja dari dalam rahim lagi.
Pelan bijak ini memberikan anda ketenangan jiwa dengan memastikan anda dan bayi anda sentiasa dilindungi - dari mula lagi.




1. Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?
PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini
kami memberikan anak anda perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dapatkan Extra Basic dan kami akan memberi perlindungan semasa anda hamil serta manfaat-manfaat selepas lahir untuk bayi anda.
2. Siapakah yang layak untuk mengambil pelan PruBSN SmartLink?
Anda boleh memiliki PruBSN SmartLink dari ketika anda hamil 20 minggu dan jika anda
berumur di antara 19 dan 45 tahun.
3. Saya tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika saya
bersedia untuk berkeluarga?
Apabila anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider Baby Care.
Rider ini melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan selepas lahir – dan kami berikan
perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran.
Kami juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak anda
dilahirkan.
4. Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?
Jika anda berumur di antara 19 dan 40 tahun, anda boleh mengambil rider ini bersama pelan
PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini melindungi anda sekiranya anda
hamil sebelum anda berumur 46 tahun.


PENAFIAN:
Prudential BSN Takaful Berhad tidak mewakili atau memberi sebarang jaminan, sama ada secara langsung atau
tidak langsung, berkenaan kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau kewujudan perkhidmatan
yang ditawarkan berkenaan pakej darah tali pusat yang diberikan oleh pihak ketiga. Sebarang kebergantungan anda
terhadap perkhidmatan tersebut adalah atas risiko anda semata-mata. Pihak ketiga juga berhak untuk menamatkan
perkhidmatan berkaitan produk ini pada bila-bila masa dalam tempoh tawaran dengan memberi notis tiga bulan.



Nota-Nota Penting
• Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad. Ianya hendaklah
dibaca bersama dengan risalah PruBSN Link Series, Ilustrasi Pelan, Lampiran Keterangan Produk dan Lampiran
Fakta Dana. Terma dan syarat yang lengkap boleh didapati dalam dokumen sijil. Sila minta sampel terma-terma
dan syarat-syarat jika anda perlukan maklumat terperinci mengenai pelan tersebut.
• Manfaat Baby Care tidak akan dibayar sekiranya anak:
– tidak dilahirkan semasa tempoh sijil atau
– lahir ketika dalam 10 bulan tempoh menunggu atau
– lahir dalam tempoh 18 bulan daripada tuntutan yang boleh dibayar untuk kelahiran terdahulu
Pengecualian
PruBSN SmartLink dan Baby Care tidak melindungi situasi berikut. Sekiranya salah satu daripadanya
berlaku, manfaat yang ditawarkan di bawah pelan TIDAK AKAN dibayar kepada anda.
• sebarang rawatan atau pembedahan bagi Keadaan Kongenital termasuk keadaan yang disebabkan oleh
keturunan
• perbuatan secara sengaja seperti mengambil dadah, racun atau minuman keras yang memabukkan, bunuh diri
atau percubaan membunuh diri atau kecederaan ke atas diri sendiri yang disengajakan semasa waras atau tidak
waras
• AIDS, kompleks berkaitan AIDS atau jangkitan oleh HIV
• penggunaan dadah yang tidak dipreskripsikan, di mana mengikut undang-undang dadah tersebut perlu
dipreskripsikan oleh Doktor
• memilih untuk menamatkan kehamilan selain daripada atas sebab-sebab perubatan seperti yang dinasihatkan
oleh Perunding Obstetrik dan Sakit Puan
• sebarang rawatan kesuburan dan komplikasi yang mungkin timbul daripada rawatan tersebut
• sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, perbuatan jenayah atau perbuatan secara sengaja atau
kegagalan untuk bertindak
• peperangan, rusuhan atau revolusi atau sebarang peristiwa seumpamanya atau mengambil bahagian dalam
rusuhan, mogok atau kekacauan awam
Semua pengecualian dan had di atas adalah tidak terhad dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk
maklumat lanjut.

News from Bernama


SEPANG, Oct 8 (Bernama) — Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) today introduced the newly enhanced PruBSN SmartLink, the first takaful plan that enables its customers to provide cover for their child’s future even before the baby is born.
Its Chief Executive Officer Azim Mithani said the product was built on the earlier PruBSN SmartLink which offered coverage for children aged one to 18 years old.
This enhanced SmartLink provides takaful coverage for an unborn child from as early as 20 weeks into pregnancy and is eligible for mothers aged between 19 and 45-years old, he told Bernama at the launching of the enhanced PruBSN SmartLink here today.
Customers who choose PruBSN Smartlink with Extra Basic will also get extra coverage with compassionate benefit of RM2,000 for fetus and RM5,000 for mothers within 60 days from delivery.
“The same coverage is applicable for unlimited deliveries as long as the mother is pregnant before 46 years old. The customers will also be entitled to cash a reward of RM200 after the second year their child born through the Immunisation Bonus,” Azim said.
Azim said the payment will depend on the coverage that customers choose starting at as low as RM100 per month.
He said the product was now available at all PruBSN branches nationwide and believed that there will be good take up for it in the market.
– BERNAMA

PruBSN SmartLink and Baby Care are Shariah compliant products



No comments:

Post a Comment